Wednesday, 19 December 2012

Keputusan PMR telah pun keluar!!

Hai semua!! Hah, macam mane keputusan yang telah pon korang dapat? Kepada sesiapa yang berjaya mendapat straight A's, tahniah Annis ucapkan :D Kepada yang tak mendapat keputusan seperti yang korang harapkan, tak mengapa. Perjalanan kite masih panjang. Paling penting fokus korang sekarang ialah peperiksaan SPM. Waktu nilah yang korang kena bertungkus lumus belajar dengan bersungguh-sungguh, okay? Hari ni dengan SUKACITANYA Annis nak cakap yg Annis mandapat 8A dalam peperiksaan PMR tahun 2012!! Ya Allah betapa gementarnye Annis sewaktu menunggu keputusan yg bakal Annis ketahui dekat sekolah tadi. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. kerana telah memberikan Annis kejayaan yang Annis benar2 harapkan ni.. Kawan baik Annis iaitu Aqilah dan Alissa juga mendapat 8A sama seperti Annis ^_^ Tahniah Annis ucapkan kepada mereka. Annis tahu korang mesti boleh punye!!

Bawah ni gambar BFF Annis :

*Happy giler muke*


Akhir kata, Annis nak mengucapkan beribu-ribu-ribu terima kasih kepada cikgu Annis yang telah banyak mengajar Annis dan rakan2 sehingga berjaya dalam peperiksaan ini. Selain itu, Annis juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa Annis kerana mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk tusyen, kelas malam dan sebagainya. Jasa Mama dan Abah memang tak dapat Annis balas. Begitu juga dengan rakan2 Annis terutamanya Aqilah, Alissa dgn Amara sebab banyak mengajar Annis matapelajaran yang Annis lemah. Finally, Annis juga nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah mendoakan kejayaan Annis sama ada Mama, Abah, Cikgu2 dan Rakan2 Annis. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!

P/S : Nak mintak apa ye dengan Mama dan Abah sebagai hadiah? Cube korang cadangkan >_<

2 comments: