Wednesday, 21 January 2015

PLKN 2015 DITANGGUHKAN??


Wah terkejut juga bila Annis lihat Buletin 1.30 di TV3 (20/01/2015, Selasa) tadi semasa Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman mengenai Semakan Bajet 2015. Dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, beliau turut menyentuh mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2015 yang akan ditangguhkan demi menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 400 juta. Banyak tu!!! Beliau juga ada menyatakan bahawa penangguhan PLKN 2015 juga akan digunakan untuk menambahbaik program PLKN ini dan program tersebut bakal dikaji dan disemak semula.


Yes!! nampaknya Annis terselamat daripada PLKN ni (buat masa nilah). Tapi kepada peserta PLKN 2015 kumpulan 1 yang berada di sana mulai 6 Disember 2014 sehingga 14 Februari 2015 pastinya berasa tidak berpuas hati. Yelah mana taknya, mereka terpaksa menyertai program tersebut manakala peserta kumpulan 2 & 3 pula terselamat (buat masa ini).

2 comments:

  1. hmmmm pasal kerajaan ni susah sikit nak komen... banyak yg negatif dari yg positif... ada kat kerajaan dah takder duit... kesihan juga kalau perserta yg ada terasa terbeban dengan PLKN... harapan mereka berjaya meraih manafaat darinya...

    Salam Kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah macam2 lah yg jadi dkat malaysia sejak kebelakangan ni. kita tak boleh nak buat ape2 melainkan mengharap yang terbaik. Nak komen banyak2 pun tak boleh jugak. Kita ikutkan jelah..

      Salam perkenalan juga! Terima kasih sbb sudi baca :D

      Delete