Tuesday 17 February 2015

TUTORIAL | Buang Navbar dari Blog


Hai semua!! Harini Annis nak tunjuk tutorial buang navbar dari blog. Tapi sebelum tu, korang tahu tak apa benda Navbar ni?? Kalau korang nak tahu, macam nilah rupa Navbar (ala, yang kotak biru di atas blog korang tu)
*tak nampak? tekan gambar ye

Selalunya, ramai blogger yang tak guna pun Navbar ni, dahlah memburukkan blog. Kalau tak guna, baik kita buang je kan?? Jom ketahui cara-cara nak buang Navbar ni dari blog anda!


CARA-CARANYA :
Pergi dashboard> Tekan Layout> Tekan Edit pada kotak Navbar (seperti dalam gambar)
*tak nampak? tekan gambar ye


Kemudian pilih Off> Save! (seperti dalam gambar)

Haa menjadi tak?? Kalau menjadi akan jadi macam kat bawah ni,
*butang navbar yang warna biru tadi dah takde!

Kan lagi cantik dan kemas kalau takde navbar tu?? Okaylah sampai sini je entri kali ni


HAPPY BLOGGING AND GOOD LUCK!


TUTORIAL | Letak Lagu di Blog (SCM Music Player)

Salam dan hai semua!! Haa korang nak tak letak lagu di blog korang?? Contohnya macam ni:

*tekan gambar kalau tak nampak


Sambil korang berblogging, sambil tu juga boleh dengar lagu kesukaan korang kan?? Dah tak sabar nak tahu macam mana nak buat?? Jom baca tutorial ni!! 


CARA-CARANYA:

Cara Buat SCM Music Player:
Sebelum letak di blog korang, korang perlulah mempunyai music player dulu di SCM Music Player.

Pergi dekat  SCM Music Player>  Setup Wizard> Pilih skin yang anda suka> Tekan Next
*tekan gambar kalau tak nampak

Kemudian edit playlist> Letak tajuk lagu yang anda nak> Letak URL lagu> Tekan Next
*tekan gambar kalau tak nampak
Kalau nak dapatkan Song URL>pergi Youtube>Search lagu yang anda mahu>Copy url link di atas sekali (seperti dalam gambar)> Paste pada ruangan Song URL di Setup Wizard tadi
*tekan gambar kalau tak nampak


Selepas tekan Next> Edit pada bahagian Configure Setting ikut kemahuan anda> Tekan Done
*tekan gambar kalau tak nampak


Kemudian korang akan diberi code HTML (seperti dalam gambar)
*tekan gambar kalau tak nampak
TAHNIAH! Sekarang korang dah ada SCM Music Player! Selepas tu, korang hanya perlu copy paste code HTML tersebut di blog korang.

Cara Letak SCM Music Player di Blog:
Pergi dashboard> Tekan Layout> Add a Gadget> Tekan HTML/Javascript> Paste kan code yang anda dapat tadi> Save!


HAPPY BLOGGING AND GOOD LUCK!

TUTORIAL | Letak Google+ Badge di Blog


Salam dan hai semua!! Seperti yang anda semua tahu, sekarang ramai orang dah mula guna Google+ tau! Jadi kalau korang ada akaun Google+, letaklah badge akaun korang di blog supaya senang orang nak follow korang di Google+ nanti. Macam yang Annis punya ni, cute kan??

*tak nampak?? Tekan je gambar tu untuk ZOOM IN


CARA-CARANYA:
Pergi dashboard> Tekan Layout> Tekan Add a Gadget (seperti dalam gambar)
*tak nampak?? Tekan je gambar



Kemudian, pilih Google+ Badge> Adjust setting mengikut kemahuan> Save!

*tak nampak?? Tekan je gambar

Senang je kan?? Okaylah sampai sini je tutorial harini, ringkas dan cepat!


HAPPY BLOGGING AND GOOD LUCK!


TUTORIAL | Cara Mudah Tukar Favicon Blog


Hai semua!!! Haa harini Annis nak bagi tutorial macam mana nak tukar favicon blog korang!
Tak tahu apa itu favicon??? Favicon blog tu ialah logo kecil yang ada dekat sebelah url blog korang kat menu bar di atas tu. Contohnya, yang biasa punya macam kat bawah ni:

Tak berapa menarik kan logo tu?? Apalagi, jom kita tukar favicon blog kepada icon yang lebih menarik!

CARA-CARANYA:
Pergi dekat dashboard> Tekan Layout> Tekan Edit pada kotak favicon seperti di bawah,

*tekan gambar kalau tak nampak

Kemudian, akan keluar pop-up windows (seperti di bawah> Tekan Choose file> Pilih gambar icon anda> Tekan Save> Tekan Save arrangement

Korang tiada gambar icon yang kecil?? Takpe pergi cari dekat Glitter Graphics dan save icon yang korang suka!


HAPPY BLOGGING AND GOODLUCK!


Sunday 15 February 2015

TUTORIAL | 4 Cara Berkesan Untuk Lajukan Laptop/PC

Anda mempunyai masalah laptop/PC yang sering hang? Lambat loading? Bila anda tengok movies di laptop, video tersebut seringkali ter'stuck'? Annis ada penyelesaiannya yang amat senang! Ceyy macam iklan YUN NAM HAIR CARE pulak gayanye XD *krohkroh

Kalau korang nak tahu, sebenarnya semua masalah diatas sering dialami oleh Annis. Jadi setelah melakukan SEMUA KEMPAT-EMPAT CARA ni, barulah laptop Annis dah tak hang/lempap giler macam dulu. Lepas cuba semua step di bawah (haa SEMUA tau bukannya salah satu je), barulah movie yang Annis nak tengok tu tak stuck. Buka file pun sekejap je loading.


Tapi, kalau nak buat satu atau dua je daripada empat cara ni pun, takpe.. Ikut kerajinan korang lah nak buat yang mana. Tapi, untuk best perfomance, baik buat keempat-empat cara ni. Untuk CARA PERTAMA dan CARA KEDUA, application yang digunakan telah pun ada dalam laptop/PC korang so, korang tak perlu download apa-apa. Tapi untuk CARA KETIGA dan CARA KEEMPAT memerlukan korang untuk download dan install app CCleaner dan app Defraggler.

Jadi, korang pun mesti tak sabar-sabar nak tahu apa 4 CARA BERKESAN UNTUK LAJUKAN LAPTOP/PC korang tu kan?? Jom tengok step pertama!!



CARA PERTAMA: Menggunakan application "RUN" untuk "eventvwr"


Pergi dekat start menu> Search run dan tekan ENTER

Setelah keluar app "Run"> Taip eventvwr dalam kotak Open seperti dalam gambar dibawah> Tekan butang "OK"

*tekan gambar kalau tak nampak


Setelah korang tekan butang OK akan keluar gambar seperti di bawah:
*tekan gambar kalau tak nampak


Di sebelah kiri korang, ada option "Windows Logs"> Tekan "Applications" (yang berada di bawah "Windows Logs")> Tekan butang "Clear Log..." di sebelah kanan korang macam gambar di bawah
*tekan gambar kalau tak nampak


Setelah korang tekan butang "Clear Log..." akan keluar gambar seperti dibawah ni:
*tekan gambar kalau tak nampak

Kemudian tekan butang "Clear".

Ulang semua langkah di atas untuk "Security" dan "System" yang berada di bawah "Windows Logs" seperti dalam gambar di bawah:
*buat benda sama pada "Security" dan "System" yang terdapat di sebelah kiri korang

Tak paham jugak?? Secara ringkasnya begini,
1. Windows Logs> Security> Clear Log...> Clear
2. Windows Logs> System> Clear Log...> Clear
((Benda sama yang korang lakukan untuk "Application" di atas tadi))

P/S : Untuk langkah pertama ni, Annis galakkan untuk buat setiap hari supaya segala activiti laptop korang pada haritu akan dapat ditutup dan di"clear"kan. Jangan risau, ianya takkan DELETE file-file penting yang korang ada dalam laptop/PC. Tugasnya hanya untuk "close"kan segala event/aktiviti laptop korang yang mungkin korang tak tutup dengan baik (laptop hang misalnya).
Dah selesai dengan cara pertama?? Jom kita proceed dengan CARA KEDUA!



CARA KEDUA: Menggunakan application "RUN" untuk %temp%


Okay cara kedua juga memerlukan korang untuk menggunakan applikasi "RUN"

Pergi dekat start menu> Search run dan tekan ENTER

Setelah keluar app "Run"> Taip %temp% dalam kotak Open seperti dalam gambar dibawah> Tekan butang "OK"
*tekan gambar kalau tak nampak

 Setelah korang tekan butang OK, akan keluar seperti ini:
*tekan gambar kalau tak nampak


Kemudian tekan butang CTRL+A  (pada keyboard serentak) untuk select all> Right-click> Tekan DELETE

Dah delete?? Pergi Recycle Bin> Tekan "Empty the Recycle Bin" seperti di bawah:
*tekan gambar kalau tak nampak

P/S : CARA KEDUA ni pun Annis galakkan untuk buat setiap hari. Jangan risau sebab ianya juga takkan delete file-file korang yang penting. Cuma, dengan cara ni, ianya akan menDELETE temp files ataupun temporary file yang selalunya akan ada secara automatik ketika anda install app baru di laptop/PC anda. Selalunya setelah korang siap meng-install app ni dalam laptop/PC korang, temp files tersebut tidak digunakan lagi dan tidak berguna

SIAP!! Masa untuk proceed dengan CARA KETIGA!!



CARA KETIGA : Menggunakan application CCLEANER


Untuk cara ketiga, korang perlu download dan install terlebih dahulu app CCleaner ni di SINI

Dah download dan install?? Jom proceed!
*tekan gambar kalau tak nampak


Buka CCleaner>  Tekan butang "Analyze" seperti di bawah: 
*tekan gambar kalau tak nampak


Kemudian setelah CCleaner selesai "Analyze" laptop/PC korang> Tekan buatng "Run Cleaner"
*tekan gambar kalau tak nampak

P/S : CARA KETIGA juga Annis lakukan setiap hari. App CCleaner ni akan men-DELETE segala cookies, history, cache, dan temporary files yang ada dalam browser mahupun laptop anda. Jadi, takdelah laptop/PC anda berat disebabkan fail-fail yang banyak dan kecil ni.

Selesai?? Jom teruskan dengan cara terakhir iaitu CARA KEEMPAT!



CARA KEEMPAT : Menggunakan application "Defraggler"


Untuk cara keempat pula memerlukan korang untuk download dan install terlebih dahulu app Defraggler ni di SINI

Dah download dan install?? Jom proceed!
*tekan gambar kalau tak nampak 


Buka Defraggler> Tekan butang "Analyze" seperti di bawah ni:
*tekan gambar kalau tak nampak


Setelah siap Analyze> Tekan butang "Defrag" pula macam dekat bawah:
*tekan gambar kalau tak nampak


P/S : Annis syorkan defrag laptop/PC anda sekali sebulan sahaja supaya disk anda tidak cepat rosak (berdasarkan pembacaan Annis la). Dan anda tak perlu risau kerana proses defrag ni memang makan masa yang lama untuk siap. Annis sendiri pun kalau defrag laptop Annis, paling CEPAT pun 2 jam baru siap. Defrag ni fungsi dia untuk mendekatkan file-file yang terpisah jauh dan berselerak pada satu tempat supaya pembukaan file akan jadi lebih cepat. Jadi, takdelah kita menunggu loading file tu lama sangat.
AND NOW YOU'RE DONE!! Rasailah kenikmatan dan keseronokan mempunyai laptop/PC yang lebih laju daripada sebelumnya! HEHEHE 


Tinggalkan lah komen korang di bawah jika salah satu cara yang anda lakukan di atas tadi berkesan untuk laptop/PC korang atau pun korang ada apa-apa soalan ke. Annis nak tahu juga kalau-kalau tips yang Annis bagi ni berkesan sebagaimana ianya berkesan untuk Annis. Annis akan menjawab persoalan korang sekiranya Annis tahu, InsyaAllah. Okaylah panjang betul entri kali ni.


HAPPY BLOGGING AND GOOD LUCK!

Thursday 22 January 2015

TUTORIAL | Letak Icon Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest di sidebar blog


Yeay!! Annis baru je update blog ni dengan meletakkan icon Facebook, Twitter, Instagram, dan Pinterest di sidebar blog. Tak faham ape yang Annis cakap ni? Ni dia preview

Haaa comel kan??? Senang je caranya.. Meh Annis nak ajar (macam lah PRO sangat) But first, Annis nak kreditkan dulu tutorial ni kepada CikMeera sebab dialah Annis berjaya letak icon di sidebar blog ni cuma Annis ubah sikit je ikut kemahuan Annis (sesuka hati dia jee). Jadi berjuta-juta penghargaan diberikan kepada CikMeera kita. Okay tanpa lengahkan masa jom kita start!!

Caranya:
Pergi Layout> Add a gadget > HTML/Javascript

Kemudian copy paste je code di bawah ni
<center><table border="0"><tbody><tr><td><a href="LINK URL FACEBOOK KORANG" target="_blank"><img alt=" Add Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnhBYzt_cyD01jam5wbzU5QzIGUXpZ3_QNh-wS6Wwh9Ja11UVcEH3JoZgYJL4oozOdedPiRIg8C62k5vQIu5ecyO-SnhMYaUl4V-OKjfgVhh7fyvg2_jLWLs_xscIV0av7BcgNSpy4mB-c/s1600/Facebook.png" style="width:50px;height:50px" /></a></td><td><a href="LINK URL TWITTER KORANG" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgezKR-Kn_1__NulHgfL3se58Sl_KcyTkveWYx3b6DWCRSz6RuWyDaBMbrIgP8EB7NXbMYLOCp43tlO16IYd_6U4ouWHLu3dgmT9h7_LPlmieyeOI-LAxAcvho16WTKX8oLegsTenw6qaXC/s1600/Twitter.png" style="width:50px;height:50px" /></a></td><td><a href="LINK URL INSTAGRAM KORANG" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSH4JwZNTu1i8b-CBggV8EUr4QZMOgiXNVnK-LGz5iZ3BitqCmAMYifb9XfNqZeDKhKZuIFx9BxYzFEEoOI9cLoTJbfs6BxcYtVx77k5muUEXjccHv4A95I4A6KakaZjePGKThPujBiFv7/s1600/Instagram.png" style="width:50px;height:50px" /></a></td><td><a href="LINK URL PINTEREST KORANG" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjhvt4dvYpcZPZqmPCe5GVOSGrnITKkGs0HSZLxP6PkcOhqW3qo4_GfXxGnkxfzrQMVPdyIo-m4Gp86r4L58iKGgkDG7ockEsYSFis5TnwVLK5wJOwFCnoI2dkza6IHmWKeKONa078aJcX/s1600/Pinterest.png" style="width:50px;height:50px" /></a></td></tr></tbody></table></center>
ABC : Masukkan Link Facebook, Twitter, Instagram atau Pinterest korang
ABC : URL gambar icon Facebook. Boleh gantikan dekat icon Facebook yang lain
ABC : URL gambar icon Twitter Korang . Boleh gantikan dekat icon Twitter yang lain
ABC : URL gambar icon Instagram . Boleh gantikan dekat icon Instagram yang lain
ABC ; URL gambar icon Pinterest. Boleh gantikan dekat icon Pinterest yang lain
ABC : Boleh adjust kpd size yg korang suka

Dah edit semua pastu baru SAVE!

Kalau korang tak ada account Pinterest, BUANG je code di bawah ni dari code di atas
/></a></td><td><a href="LINK URL PINTEREST KORANG" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjhvt4dvYpcZPZqmPCe5GVOSGrnITKkGs0HSZLxP6PkcOhqW3qo4_GfXxGnkxfzrQMVPdyIo-m4Gp86r4L58iKGgkDG7ockEsYSFis5TnwVLK5wJOwFCnoI2dkza6IHmWKeKONa078aJcX/s1600/Pinterest.png" style="width:50px;height:50px"
Korang boleh kalau nak tukar icon tu dgn icon korang sendiri.
So dekat bawah ni Annis letakkan beberapa gambar untuk icon facebook, twitter, instagram dan pinterest korang.


Cara nak ambil URL GAMBAR:
Right-click mouse pada gambar yang korang nak> Copy image URL> Pastekan dekat code di atas ikut icon tertentu


ICON BERWARNA - PINK
*size boleh adjust ikut size yang korang nak. Adjust size ada pada code di atas juga


 ICON BERWARNA - BLUE
*size boleh adjust ikut size yang korang nak. Adjust size ada pada code di atas juga


 ICON BERWARNA - GREY
*size boleh adjust ikut size yang korang nak. Adjust size ada pada code di atas juga


 ICON BERWARNA - LIME
*size boleh adjust ikut size yang korang nak. Adjust size ada pada code di atas juga


 ICON BERWARNA - YELLOW
*size boleh adjust ikut size yang korang nak. Adjust size ada pada code di atas juga

P/S : Kalau berjaya comment lah di bawah, Annis nak jugak tengok blog korang yang cun melecun tu. Kalau tak menjadi, comment lah juga, mana tahu Annis boleh bantu.

HAPPY BLOGGING AND GOODLUCK!