Wednesday, 11 May 2016

Asasi VS Diploma

Hello semua!! Okay memandangkan sekarang Annis tengah cuti sem, jadi Annis boleh la guna peluang ni untuk buat post baru!! Dah lama giler tak buat post baru ni.

Topik harini kita akan sembang pasal apa perbezaan ASASI dengan DIPLOMA? Nak pilih yang mana satu? Mana yang paling best  bagus and recommended? Haa meh hakak jemah nak bagi bimbingan la sikit buat adik-adik lepasan SPM yang nak apply UPU tu yang masih keliru nak pilih asasi ke diploma.

Dulu, Annis pun ada konflik yang sama, nak apply ASASI ke DIPLOMA. Tapi, akhirnya bila keputusan UPU keluar, Annis dapat sambung diploma in pharmacy. Tak kira asasi mahupun diploma, dua-dua pun ada kelebihan dan kekurangannya. Tanpa melengahkan masa, jom kita ketahui apa perbezaan antara ASASI dengan DIPLOMA.


ASASI / FOUNDATION STUDIES

Kelebihan
  • Cepat tamat pengajian (cepat boleh sambung degree)
  • Kos pengajian lebih murah daripada diploma (untuk IPTA je ehhh, kalau IPTS takyah sembang ah memang mahal)
  • Kalau lulus, tempat/course untuk degree lebih terjamin daripada lepasan matriks.
Kekurangan
  • Tekanan sebab habiskan silibus dalam tempoh yang singkat (macam matriks jugalah)
  • Sijil lepasan asasi tak boleh digunakan untuk kerja.
  • Result kena gempak, atau anda akan ditendang.
  • Kurang praktikal


DIPLOMA 

Kelebihan
  • Tak stress sangat sebab belajar rilek (takde la rilek mana sebenarnya huhu)
  • Basic knowledge dalam sesuatu course lebih strong daripada lepasan matriks/asasi.
  • Ada skill kemahiran sebab ada praktikal (asasi biasanya takde praktikal)
  • Sijil diploma boleh guna untuk kerja.
  • Lebih peluang kerja (Asasi&Degree  VS  Diploma&Degree, Diploma&Degree biasanya menang)
Kekurangan
  • Makan masa yang panjang, biasanya 3-4 tahun (so lambat sambung degree)
  • Kos pengajian lebih mahal daripada asasi.
  • Melalaikan dan melekakan sebab belajar rilek en (depend la dengan cara korang study)

Nasihat Annis kat sini, buatlah solat istikarah bebanyak supaya diberi petunjuk oleh Allah untuk membuat sesuatu keputusan. Tak kira sama ada asasi atau diploma, dua-dua pun okay, Tapi kalau nak pursue degree cepat, better amik asasi (kalau korang rasa mampu untuk struggle la). Annis jenis tak suka kalau rushing-rushing tu pasal Annis sambung diploma. Takpelah lambat dambung degree pun sebab menuntut ilmu bukan buang masa pun dalam masa 3 tahun tu. Lagipun kita kenalah menuntut ilmu sepanjang hayat kan? hoho renung-renungkan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment